Thursday, July 30, 2009

Tutup muka

H1N1 AlertImage by Rescue Dog via Flickr

Lama benar tak update blog saya ni, kesibukan dengan tugas-tugas di luar semasa hujung minggu menghadkan masa saya untuk update blog ini.
H1N1 semakin berleluasa di IPTA. Lepas satu-satu IPTA terpaksa di tutup untuk menghalang virus ini merebak. Kami di UMP ni pun terpaksa membatalkan semua kelas pada tengah hari ini untuk memberikan laluan kepada para pelajar mmenjalani pemeriksaan kesihatan (Screening test. Disana-sini kelihatan para pelajar memakai tutup muka yang diberikan percuma oleh kementerian kesihatan.

Kalau kita masih ingat, dulu terdapat larangan memakai purdah yang menutup muka di IPTA, tapi, kuasa Allah, siapa sangka, semua orang memakainya pula sekarang ini.

Reblog this post [with Zemanta]

No comments: