Loading...

Thursday, July 09, 2009

Teknik Menulis Tesis phd Dan Panduan Menghadapi Viva

writing...Image by © dabawenya © (flickr world, i'm back!.... hopef via Flickr



Membuat phd adalah suatu pengalaman yang cukup menyeronokan jika ia membuahkan hasil dan berjaya dihabiskan dengan jayanya. Pengalaman seseorang adalah berbeza-beza mengikut bidang dan tempat pengajian masing-masing. Pengalanan di luar Negara tentunya berbeza jika dibandingkan dengan dalam negeri. Bidang kejuruteraan pula biasanya lebih senang berbanding dengan bidang sains sosial ataupun theology. Membuat phd di luar negeri tentulah kehidupan pelajar dan keluarga lebih menyeronokan dengan suasana yang baru dan cuaca yang berbeza. Pengajian tidak terganggu oleh urusan – urusan keluarga dan saudara mara. Berbeza pula dengan pengajian di dalam negeri, urusan-urusan berkenaan berjalan seperti biasa dan sering membuatkan kerja –kerja tertangguh. Walau bagaimana pun, di luar Negara, pelajar-pelajar akan mengalami proses kemurungan dan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, bahasa dan budaya masyarakat setempat. Antara tempat tumpuan pelajar di luar Negara adalah seperti Great Britain, Australia, New Zealand, Ireland, Jepun, German, USA dan Kanada.

Elemen yang paling penting bagi pengajian phd adalah penulisan tesis. Tesis adalah suatu olahan kerja makmal atau kaji selidik dan pembacaan artikel yang berkaitan bagi di persembahkan kepada pemeriksa untk dinilai kerja-kerja kita itu. Pemeriksa tidak akan melihat hasil kerja atau hasil akhir ujikaji kita di makmal. Mereka akan membaca tesis kita dan segala kemusykilan atau penjelasan lanjut akan ditanya semasa ujian lisan(viva).

bersambung...

selamat menulis.






Reblog this post [with Zemanta]

No comments: