Image via Wikipedia
Hari ini saya menghadiri satu forum Keusahawanan UMK 2009 di kampus UMK, Pengkalan Chepa. Forum ini bertemakan Warisan dan Sumber Asli Menjana Kekayaan. Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke UMK yang sudah berusia 2 tahun. Bekas Timbalan Rektor saya semasa di KUKTEM, Prof Dr. Dato’ Mortaza Mohamed yang dulu kami lebih mesra dengan panggilan Prof M, kini merupakan TNC HEP UMK. Saya tidak bertemu denganya kerana beliau tidak terlibat dengan program ini dan mungkin juga beliau tidak berada di sekitar kampus.
Walaupun program ini di jadualkan bermula pada jam 10.30 pagi, tetapi, seperti biasa dan sudah menjadi budaya kita di Malaysia ini, ia bermula hampir sejam lewat! Tidak seperti pengalaman saya menghadiri acara-acara formal di University of Birmingham dulu seperti seminar, conference ataupun trainning, sesuatu acara akan bermula tepat pada waktu yang dijadualkan tanpa mengira peserta/hadirin sudah ramai atau tidak. Apabila sampai saja masa, pengerusi memberikan alu-aluan dan terus memulakan acara. Mereka yang datang lewat akan tersipu-sipu malu atau akan buat-buat tak malu. Kita di Malaysia ini amat-amat menghormati mereka yang datang lewat manakala sesiapa yang datang awal atau tepat pada waktunya akan merasa malu lalu mereka akan memenuhi kerusi belakang dahulu.
Perkara kedua yang saya perhatikan agak ketara dengan sesuatu majlis di sini adalah adanya perkara-perkara yang saya kira agak membazir, masa dan tenaga. Antaranya seperti nyanyian lagu negaraku dan lagu universiti( bukan semua hadirin dari luar UMK tahu nyanyi lagi demo tu!), ucapan perasmian dari ‘V.I.P’serta penyampaian cendera hati kepada perasmi itu tadi. Saya fikir cukuplah kalau sekadar ucapan alu-aluan dari Pengerusi penganjur. Tetapi percayalah, kalau saya diberikan tanggungjawab menganjurkan sesuatu majlis, saya TERPAKSA membuat ini semua. Nanti dikesempatan lain saya akan bercerita tentang pengalaman saya ini. Tungguuu…
Perkara terakhir yang saya ingin sentuh adalah sesudah berakhirnya protokol-protokol yang merimaskan itu tadi, biasanya pengacara akan meminta para hadirin ke jamuan ringan yang disediakan. Dalam hati saya berkata, “nasi kerabu yang aku makan pagi tadi pun masih belum hadam, dah nak jamu lagi”. Makan satu hal, masa yang terbuang satu hal lagi. Lebih menyedihkan apabila pengacara majlis itu tadi menyebut, para dif-dif jemputan makan di sekian-sekian tempat, para peserta makan di sekian tempat. Saya membayangkan yang V.I.P . itu tadi akan makan di dalam dewan yang berhawa dingin dengan makanan yang sedia terhidang di atas meja manakala para peserta pula akan berbaris mengambil makanan di bawah khemah di luar bangunan.
Teringat semasa saya menghadiri satu conference di Gottenheim, Germany hujung tahun lepas di mana semasa dinner yang di aturkan oleh penganjur, kami sama-sama duduk semeja dan berbual mesra dengan Mayor (Datuk Bandar) yang juga perasmi conference. Antara topic yang menjadi bualan kami adalah tentang sejarah Bandar itu dan juga hal-hal yang berkaitan bolasepak Germany.
Selamat berforum…
7 comments:
tegurlah secara baik, janganlah mengutuk melalui blog... klu dah tahu rakyat Malaysia bgt, silalah tampil ke hadapan tunjuk contoh budaya baik yang boleh d jdkan satu tauladan utk generasi masa ini... nie x awak seperti m'agungkan budaya barat. apa salahnya awak tampil sebagai rakyat Malaysia menunjukkan attitude yg awak agung2kan 2...

Anonymous terasa ke? jgn mare...jgn mare mllui blog, haaaaaa
Post a Comment