Hampir 2 tahun blog ini tidak di updatekan. Kali terakhir saya update blog ini sekitar julai 2007, semasa shahrul( Dr shahrul kamal, UTM) berkonvo. Ada dua-tiga sebab mengapa saya tidak update blog ini
1. Selepas menghadiri konvo shahrul, saya bersemangat untuk memulakan fasa penulisan thesis phd saya iaitu sekitar ogos 2007. saya tumpukan hampir 100% masa di hadapan PC dengan penulisan thesis (100% bukanlah 24 jam) tetapi 100% jika saya dihadapan PC. Saya siap menulis thesis sekitar februari 2008.
2. Pada fasa ini saya tumpukan pada persediaan menghadiri conference, persiapan viva, dan mengemas barang-barang untuk di masukkan kedalam kontena serta mencari kereta idaman untuk dibawa pulang.
3. Saya selesai menghadapi ujian viva pada jun 2008(alhamdulillah) dan selepas itu sibuk pula membuat correction thesis dan bersiap-siap untuk pulang ke tanah air terchinta.
4. Selepas hampir setahun pulang dan melaporkan diri bertugas di fakulti kejuruteraan awam dan sumber alam, FKASA, Universiti malaysia pahang(UMP) barulah hati ini tergerak untuk mengupdatekan blog ini.
No comments:
Post a Comment