Image via Wikipedia
Memandu estima bersama keluarga adalah suatu pengalaman yang cukup mengembirakan. Bentuknya yang besar bukanlah suatu alasan untuk kesukaran memandunya kerana pelbagai gajet boleh dipasang seperti reverse camera, front camera, gps dan juga bluetooth system untuk memudahkan perbualan handphone semasa memandu. Ruangnya yang luas akan memudahkan pergerakan serta ruang meletakkan barang yang besar dan boleh diubah menyenangkan kita membawa seperapa banyak barang yang dikehendaki. Kerusinya yang boleh diubah ke bentuk conference mengembirakan anak-anak untuk bermain sesama mereka semasa dalam perjalanan. Reverse camera boleh dipasang pada player dvd. Sesetengah player pula mempunyai option aplikasi tv, gps, bluetooth dan front camera selain aplikasi basic seperti radio, cd dan mp3 player. Jika ingin lebih selesa, skrin tambahan boleh dipasang di bahagian untuk memudahkan penumpang dibelakang melihat video atau tv yang dipasang.
Jadi, keselesaan yang ada ini perulah dimanafaatkan sepenuhnya untuk kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan, bukan untuk bermegah dengan apa yang Allah telah kurniakan. Nikmat yang Allah berikan ini boleh ditarik pada bila bila masa yang Dia kehendaki dan dia juga boleh menambah nikmat ini jika mengkehendakinya.
Selamat memandu.
No comments:
Post a Comment