Thursday, June 25, 2009

Singapore International Water Week

Singapore skyline 2Image by StarvingFox via Flickr

Sepanjang bulan ini, sudah tiga kali saya berkunjung ke Singapura. Sudah agak lama saya tidak berkunjung ke kota Singa sebelum ini. Pertama kali saya ke sana semasa saya di UKM, iaitu ketika bersama rombongan kontinjen pasukan sofbol Malaysia semasa sukan inter varsity asean kira-kira 14 tahun yang lepas. Beberapa pergolakan politik yang berlaku antara negara kita telah menutup pintu hati saya untuk ke sana lagi sehinggalah pada awal bulan lepas saya mengikuti satu rombongan usahawan. Sehari sebelum itu saya telah menyeberangi tambak Johor untuk menziarahi sahabat saya semasa di Birmingham University, Ustaz Fatris Bakaram. Dua hari lepas , saya sekali lagi menyeberangi tambak Johor, kali ini saya menghadiri SIWW, di Suntec City. Dalam kesemua lawatan saya kali ini saya amat tertarik dengan konsep hutan dalam bandar yang dibuat oleh Singapura. Kehijauan pokok-pokok yang besar ditengah-tengah bandar telah menimbulkan suasana yang selesa kepada para pelancong terutamanya pejalan-pejalan kaki seperti saya.

Banyak lagi perkara-perkara yang kita boleh pelajari dari negara singapura termasuklah aspek pengurusan masjid-masjid. Saya akan kupas isu ini dalam tulisan-tulisan saya yang lain pada masa akan datang.

Destinasi saya yang terdekat adalah Kotaraya Jakarta, dimana saya akan menghadiri Pesta buku antarabangsa yang akan berlangsung dari 25 June hingga 5 Julai 2009.





Reblog this post [with Zemanta]

No comments: