Wednesday, June 10, 2009

Bersabar meningkatkan keimanan

Semalam saya memandu lagi. Kali ini saya menuju Kuantan setelah selesai menguruskan aya saya yang menjalini pembedahan kecil matanya di Haspital Besar Kota Bharu, Kelantan. Perjalanan yang mengambil masa selama 6 jam dari Kota Bharu melalui Kuala Berang adalah suatu yang menghiburkan dengan pemandangan sekeliling yang indah dan menarik. Selain dari di temani oleh keluarga, perjalanan saya kali ini juga ditemani oleh Al-fadhil Ustaz Syamsuri, penceramah tersohor dari utara tanah air, melalui mp3 yang isteri saya pinjam dari Kak Rosiah, guru satu sekolahnya yang tinggal di Sungai Isap. Kak Rosiah nie memang banyak simpan koleksi ceramah-ceramahnya.

Banyak ilmu-ilmu, pengajaran dan moral yang di selitkan oleh Ustaz Syamsuri dalam huraian kitab bahrul mazi yang dibaca di masjid-masjid sekitar negeri Pulau Pinang dan Kedah. Loghat utara dengan lawak yang bersahaja berkenaan reality masyarakat membuatkan saya tidak mengantuk sepanjang perjalanan walaupun penumpang-penumpang saya yang lain mengeruh. Hanya anak saya yang kecil, Wan Abdullah Umar sekali sekala menangis bila dia hampir-hampir terjatuh dari ribaan uminya(yang terlena).

Apa yang saya nak kongsikan kali ini bukanlah ceramah ustaz syamsuri yang begitu menarik, tetapi beberapa kisah pemandu-pemandu yang saya temui sepanjang perjalanan itu.

Secara umumnya, pemandu kereta di Negara kita mempunyai sifat yang tidak sabar, mengutamakan diri sendiri, tidak bertimbang rasa dan biadap bila memandu kenderaan mereka. Mereka sanggup memotong barisan yang berderet-deret dari kiri( atau kita kenalai dengan potong queue). Mereka tidak fikir yang pemamdu lain yang berbaris panjang juga ingin sampai ke destinasi mereka dengan cepat. Slogan yang mereka pegang adalah “biar aku sampai cepat dari orang lain”, “orang lain sampai lambat taka pa, asalkan aku sampai cepat”.

Kisah pertama yang saya ingin kongsikan adalah seorang pemandu Toyota Harrier. Nampak muda lagi pemandunya. Semasa di satu traffic light simpang empat berhampiran Pasir Puteh, dia dengan berbahayanya memotong melalui arah kiri kenderaan lain yang berbaris panjang menuju ke Pasir Puteh apabila lampu hijau menyala. Dia dengan bangganya memotong kereta saya apabila saya betul-betul melewati lampu hijau berkenaan tanpa memberikan sebarang lampu isyarat. Saya fikir itu suatu perbuatan yang berdosa jika dia sememangnya berniat untuk memotong queue. Saya belajar bersabar atas kejadian ini. Ustaz Syamsuri pun ada duk cerita pasai sabaq nie.

Kira-kira 15 minit memandu, sekali lagi kami terpaksa berbaris panjang. Kereta pacuan 4 roda Toyota Harrier itu sekali lagi saya perhatikan memotong kenderaan lain yang berbaris panjang. Rupa-rupanya dihadapan sana sebuah lori pasir telah terbalik dan melintangi hampi kedua-dua lorong. Kenderaan menuju Pasir Puteh terpaksa turun ke bahu jalan sebelum meneruskan perjalanan, manakala kenderaan menuju Kota Bharu pula saya perhatikan telah di arahkan ke satu jalan alternative yang lain. Semasa berbaris untuk melepasi lori pasir yang terbalik itu. Banyak lagi kenderaan lain yang melintasi saya melalui bahagian kiri. Apa perasaan anda bila ada kenderaan sebegini? Saya sempat menggerakkan kenderaan saya ke bahagian kiri untuk menutup ruang di sebelah kiri. Saya perhatikan melalui cermin pandang belakang sebuah kereta telah membatalkan niatnya untuk memotong melalui kiri setelah menyedari ruang berkenaan telah sempit untuk dilalui akibat himpitan kereta saya itu tadi. Barulah adil.
Kalau keadaan ini berlaku di UK sudah semestinya jalan ini dari kedua-dua arah akan di tutup dan pemandu bolehlah membuat khemah masing-masing sehinggalah keadaan pulih seperti sedia kala!


Setelah kira-kira 2 jam memandu dan telah melewati daerah Besut, hati saya sekali lagi terpaksa beristighfar panjang kerana dihadapan saya ada sebuah lori panjang yang sarat dengan muatan. Itu tidak menjadi masalah bagi saya,tetapi yang menjadi masalahnya adalah muatanya( saya fikir mungkin tanah kering) itu jatuh bertaburan dan melantun kearah kereta dibelakangnya dan lebih malang lagi bila kereta di belakang itu adalah kereta saya! Bila saya sempat memotong lori berkenaan, say terus membunyikan hon bertalu-talu dan menunjukkan arah belakangnya. Saya harap dia faham. Bukan faham apa yang saya tunjukkan itu, tapi faham bahaya yang dihadapi oleh kenderaan dibelakangnya.

Diam tak diam, saya sudah sampai di Bukit Rangin manakala mp3 ustaz syamsuri telah lama saya tutup bagi memberi laluan kepada radio IKIM.fm. Sekian dulu.

No comments: