Image by semuthutan via Flickr
Tiga hari lepas, semasa balik dari menghadiri Kursus Keusahawanan di UMK, saya singgah sebentar di Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)untuk mengambil sahabat saya, En. Razali Maarof, Pengurus Korporate KTD. Dia mengajak saya makan laksam special tak jauh dari pejabatnya di Pengkalan Chepa. Memang special betul laksam dia.Selepas saya menghantar di kembali ke pejabatnya, saya terus memandu menujuk Kota Bharu dan melalui Stadium Sultan Muhammad IV. Stadium yang penuh kontrovesi apabila pasukan Red Warrior telah dilarang menggunakan stadium berkenaaan setelah penyokong-penyokongnya mengamuk apabila kalah kepada Perlis. Larangan itu telah ditarik balik dan hari itu merupakan perlawanan pertama pasukan Kelantan selepas larangan itu ditarik balik. Perlawanan kali ini adalah mementang pasukan UPB My Team, Perak.
Oleh kerana saya jarang-jarang balik ke Kelantan, maka saya gunakan peluang ini untuk menyaksikan perlawanan Liga Super tersebut. Walaupun prestasi pasukan Klate agak menjunam semenjak kekalahan kepada pasukan Selangor dalam perlawanan piala FA tempoh hari, stadium pada malam itu tetap di penuhi oleh penyokong-penyokong setia Red Warrior. Walaupun secara fizikalnya pemain-pemain Klate agak kecil berbanding dengan pasukan My Team, namun corak permainan menyerang dan asakan bertali arus, Red Warrior telah berjaya menundukkan My Team 2 gol tanpa balas. Barisan midfield My Team kehilangan idea untuk menembusi benteng pertahanan Klate menyebabkan penyerang-penyerang mereka terkial-kial mencari bola. Syabas Red Warrior.
Kekuatan pasukan Kelantan memang di akui oleh semua pihak tetapi bekeng dan pongohnya segelintir penyokong-penyokong yang telah hilang pertimbangan telah merugikan pasukan mereka itu sendiri. Sifat marah itu adalah akibat dorongan syaitan dan lemahnya iman dalam mengawal perasaan.
Semoga Red Warrior terus Maju Jaya.
No comments:
Post a Comment