Antara tugas pertama saya selepas melaporkan diri ke UMP adalah bertemu VC (Prof Dato Dr. Daeng Nasir) setelah beliau memanggil staf-staf yang baru balik dari phd. Beliau memanggil kami untuk menyatakan berita gembira terhadap pemegang-pemegang phd bahawa mereka akan dilantik terus ke DS 52. Tetapi semua staf perlu mempunyai syarat-syarat asas seperti pengesahan jawatan dan menghadiri PTK 3. Saya terpaksa menunggu selama 4 bulan sebelum kursus PTK 3 diadakan di UMP. Dan seperti biasa, keputusan serta sijil lulus PTK kami perolehi selepas 6 bulan dari tarikh PTK itu. Aduhai...
Dalam pertemuan antara Dato VC dan staff FKASA, saya ada menyuarakan kenapa ada staff yg telah dilantik ke DS52 walaupun tidak mengikuti kursus PTK 3 (...dan juga masih belum ada phd...). Saya nyatakan pada dato VC, bukan saya iri hati atau dengki kepada staff berkenaan(aku berlindung dari Allah dari sifat itu), tapi atas dasar ketelusan dan keadilan, pihak universiti perlulah melayan setiap staf seadil-adilnya. (Saya difahamkan kenaikan pangkat ke DS 52 hanya di peringkat pejabat pendaftar/TNC). Jadi Dato VC minta Tuan Pendaftar meneliti perkara ini dan saya fikir ia telah dibetulkan dengan kenaikan pangkat staf berkenaan tertakluk kepada kelulusan PTK).
No comments:
Post a Comment