Setelah pulang dari UK, perkara pertama yang saya rasa amat kecewa bila berada di tanah air tercinta adalah semasa memandu kereta di jalan raya di Malaysia. Lebih tiga tahun setengah atau lebih tepat lagi 40 bulan saya berada di UK, memandu ke seluruh UK adalah suatu pengalaman yang amat menakjubkan. Menakjubkan bukan kerana disana keretanya murah atau kita boleh memandu kereta mewah dengan harga yang murah, tetapi menakjubkan kerana sifat bersopan dan mengutamakan pemandu lain merupakan budaya mereka yang tidak tercemar sebagaimana cemarnya akhlak muda-mudi mereka. Selain undang-undang jalanraya mereka yang mengutamakan pejalan kaki serta had laju di kawasan perumahan atau bandar cuma 30 batu per hour(mph), sikap mereka yang memberi laluan kepada kereta yang sedang mengundur dan kereta yang ingin memasuki jalan utama adalah perkara yang perlu kita contohi. Bukanlah saya ingin membangga-banggakan Negara penjajah kita itu, tetapi jika nilai-nilai yang lain kita boleh ambil, kenapa nilai sebegini tidak di serap kepada pemandu-pemandu di Negara kita? Kita boleh ikuti system pemanduan sebelah kiri seperti mereka, kita serap undang-undang pemerintahan dari mereka, kita ambil system pendidikan mereka, kita gunakan dan agung-agungkan bahasa mereka, kita banyak gunakan produk-produk dan teknologi mereka tetapi kenapa budaya pemanduan ini tidak diserap ke dalam system pendidikan dan kurikulum pembelajaran pemanduan kereta motor kita. Saya tidak suka mengulas budaya pemanduan disana tapi biarlah saya ulas gaya dan style pemanduan disini berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Isteri saya berasal dari Baling, Kedah, keluarga saya berada di Pasir Mas dan ramai adik-beradik saya tinggal di KL manakala saya menetap di Kuantan, Pahang Darul Makmur. Keluarga terdekat saya ada di timur, utara dan barat tanah air. Anda boleh bayangkan betapa banyaknya masa saya di jalanraya jika saya bercuti untuk pulang ke kampong atau berhari raya bersama keluarga.
Sebelum saya berkerja sebagai pensyarah di UMP, saya sebelum ini berkerja dengan sebuah syarikat swasta yang terlibat dengan industrial waste water treatment. Saya banyak berulang alik dengan kereta company dari KL ke utara kerana syarikat tempat saya berkerja itu mempunyai beberapa pelanggang yang perlu saya take care sebelum saya di tempatkan secara tetap di cawangan utara. Memang saya akui bahawa gaya pemanduan saya amat teruk dan tidak berhemah. Saya suka mengejar balik setiap kenderan yang bagi saya berlaku kurang ajar atau cuba berlumba. Isteri saya sering menegur sikap saya itu dan ia semestinya tidak di endahkan oleh saya.
Pengalaman memandu di UK cukup mengajar saya untuk menjadi pemandu yang berhemah bila pulang ke Malaysia. Itu azam saya.
Dan itulah yang saya amalkan bila saya mula-mula balik dari UK. Selalu saya memberi jalan kepada mereka yang ingin masuk ke jalan utama(dari simpang-simpang jalan kecil). Kadang-kadang ia berkesan dan mereka mengangkat tangan tanda terima kasih mungkin. Terkadang ada juga kereta motor yang potong kereta saya dari kiri bila saya memberi jalan kepada kereta yang ingin masuk ke jalan utama ini. Tak sabar sungguh mereka ni nak tunggu barang sesaat dua. “Sakit perut mereka nie agaknya”, “nak cepat atau nak terberak agaknya abi”, isteri saya selalu menenangkan saya. Ada juga kenderan yang bila diberi laluan itu enggan masuk/bergerak ke jalan utama itu. Tak faham agaknya mereka.
Jauh lagi perjalanan kita nie. Kalau nak pergi KL, belum masuk tol Gambang lagi nie, kita sambung di kesempatan lain.
Selamat memandu.
No comments:
Post a Comment