
Gambar-gambar semasa sedang berada di perantauan, Birmingham University, bersama keluarga dan sahabat-sahabat Malaysian Community in Birmingham(MCiB) UK. Blog ini adalah untuk tatapan isteri Siti Sara dan anak-anak yang di kasihi Haziqah, Hadi, Idris, Afiqah, Faqihah, Umar dan Qais serta rakan-rakan saya walau dimana saja mereka berada. One for all, all for one
Saturday, April 23, 2011
AP student

Saturday, November 28, 2009
Eidul Adha
Image by @fullfilth via Flickr
Tahun ini saya sekali lagi berpeluang menyambut eidul adha di kampong halaman setelah hampir 4 tahun tidak berpeluang meraikannya bersama keluarga dan sahabat handai di Malaysia. Tiga tahun di perantauan dalam pengajian di Birmingham Universiti dan tahun keempat menghadiri konvokesyen, cukup membuatkan saya begitu “missed” akan kemeriahan suasana di pagi raya melapah lembu bersama orang-orang kampung Walaupun idul adha secara amnya tidak disambut secara meriah di seluruh Negara, pengecualian harus diberikan kepada negeri kelahiran saya, Kelantan Darul Naim. Walaupun penduduknya agak miskin dari segi pendapatan perkapita berbanding dengan negeri lain, tetapi hakikatnya mereka tidak kedekut untuk mengambil bahagian dalam ibadah qurban ini yang berharga sekitar RM250-RM400, bergantung kepada saiz. Hakikat kemeriahan ini bukan semata-mata kerana saya adalah kelantanese, tetapi ia juga diakui oleh semua rakyat negeri lain yang pernah mengalami pengalaman berhari raya di Kelantan.
Semasa berada diperantauan, kemeriahan berhariraya bersama teman-teman akan menghilangkan kerinduan kepada keluarga dan sanak saudara di kampong halaman. Berkonvoi bersama keluarga dan teman-teman dari satu rumah ke satu rumah adalah suatu perkara yang mesti. Jadual open house akan di susun supaya tiada suatu rumah pun yang missed. Walaupun malam raya kaum bapa telah pun berkonvoi untuk bertakbir sehingga larut malam, jadual open house yang telah di atur bersama tidak pernah di kecewakan. Hidangan yang disediakan oleh tuan rumah bukan calang-calang anak, macam tak rasa duduk di UK. Ketupat, rending, nasi himpit, satey, nasi kerabu, lontong, bubur kacang, seri muka, macham-macham adaaa…
Sesungguhnya pengorbanan yang sebenar ialah mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan segala sesuatu untuk mencapai matlamat keredhan Allah. Tidak berlaku jihad di dunia ini tanpa pengorbanan bersamanya. Sebarang pengorbanan untuk memperjuangkan deen tidak akan sia sia, malah mendapat ganjaran yang besar dan pahala yang baik dari Allah SWT.
maksud firman Allah SWT :
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang orang mukmin jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dan membayarnya dengan SYURGA ....
At Taubah 111.
Monday, August 10, 2009
MCiB Gathering

Buat julung kalinya, perjumpaan berkala alumni MCiB telah diadakan di Kuantan, Pahang. Perjumpaan kali ini agak berlainan dari yang diadakan sebelum ini di mana kami memutuskan untuk menginap di hotel sambil berkelah di pantai Balok, yang terletak bersebelahan dengan De Rhu Resort, tempat kami menginap. Sebanyak 7 famili telah datang dari dekat jauh. Keluarga Ust Fatris dari Singapura menarik diri di saat akhir akibat masalah kesihatan. Kami mendoakan agar Keluarga Ustaz Fatris diberikan kesihatan oleh Allah.

Suasana ceria terutamanya anak-anak bila mereka tidak mahu naik dari kolam mandi yang amat luas. Biarpun pengunjung resort yang begitu ramai( bilik sudah sold out) tapi ruang kolam renang yang begitu luas membuatkan mereka bermain air dengan seronok sekali. Suasana cuaca yang begitu cerah seolah-olah menyambut para tetamu yang datang dari jauh.
Acara BBQ di adakan pada sebelah malam. Bro. Lutfy yang datang dari Terengganu bersama keropok lekornya memainkan peranan penting dalam BBQ kita kali ini.

Di akhir program hari itu, peserta di jamu dengan menu nasi Turkey sebelum bersurai pada tengah hari Ahad. Biarpun masih belum pulang ke rumah masing-masing, tetapi semua yang hadir looking forward untuk terus mengadakan gathering sebegini di masa-masa hadapan.
Semoga kita berjumpa lagi di masa hadapan.
Wednesday, July 08, 2009
Birmingham, UK
Image via Wikipedia
Kehadiran ramai pendatang dari Pakistan ke Britain amnya dan Birmingham khasnya telah membawa kebaikan kepada dunia islam itu sendiri. Kedatangan mereka selepas perang dunia dahulu untuk bekerja sebagai buruh-buruh binaan telah mengakibatkan struktur masyarakat Britain berubah. Banyak gedung-gedung perniagaan telah dikuasai oleh masyarakat Pakistan. Mereka juga mendirikan masjid di sekitar penempatan mereka. Masjid yang didirikan itu bukanlah seperti masjid yang ada ditempat kita ini sebaliknya mereka menjadikan salah satu rumah yang mereka miliki hasil sumbangan masyarakat islam setempat sebagai masjid untuk kegunaan ramai. Dikatakan ada lebih 120 buah masjid di seluruh birmingham dan ia merupakan yang terbanyak dikalangan bandar-bandar lain di negara eropah. Masjid-masjid yang ada ini tidaklah besar, tetapi mereka mempunyai ramai jumaah terutamanya semasa solat jumaat dan juga solat terawikh dan eid. Masjid-masjid berkenaan mempunyai pengikut dan mazahab yang tersendiri. Central Mosque( berhampiran Birmingham University) dan Green Lane( berhampiran Morrison) adalah antara masjid yang besar dan mempunyai banyak aktiviti. Masjid yang terbaru dan mungkin sudah siap pembinaanya adalah Masjid Ali di Alum Rock.
Ada juga masjid-masjid yang didirikan oleh pendatang dari timur tengah dan biasanya masjid pak arab ini lebih besar, cantik dan menarik. Bacaan imam juga amat merdu ala-ala madinah dan mekah. Antara masjid pak arab yang terkenal di birmingham adalah seperti Muaaz center.
bersambung...
selamat beribadah
Wednesday, July 01, 2009
Pelajar baru sesi 2009/10
Image via Wikipedia
Minggu ini merupakan minggu pendaftaran bagi pelajar-pelajar baru di IPTA tempatan. Saat pendaftaran kemasukkan ke universiti merupakan suatu detik yang ditunggu-tunggu bagi mereka yang layak, setelah berhempas pulas belajar di peringkat sekolah. Ibu bapa dan keluarga akan mengiringi anak mereka mendaftarkan diri sambil berpeluang untuk meninjau-ninjau tempat yang bakal didiami oleh anak mereka selama 3 hingga 4 tahun mendatang.
Dalam masa yang sama, senior-senior yang telah tamat pengajian akan berkira-kira untuk memulakan hidup baru dan melangkah ke alam pekerjaan. Begitulah lumrah dunia, ada yang datang dan pergi.
Dunia pelajar di IPTA adalah suatu kehidupan yang cukup unik dan menarik. Pelbagai kenangan pahit dan manis tersimpan dalam kamus hidup mereka.
Semasa saya pulang dari Jakarta kelmarin, saya bertemu dengan bekas pelajar saya yang kebetulan menaiki pesawat yang sama dengan saya. Dia sekarang bekerja dengan Petronas. Saya bertanya kepada apa perasaannya sekarang(dunia pekerjaan), dengan sepontannya dia menjawab, dunia belajar adalah lebih indah baginya.
Berbalik kepada cerita belajar baru tadi, kepelbagaian latar belakang para pelajar membuatkan masing-masing cuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Mereka yang datang dari kawasan luar bandar akan cuba untuk meniru pelajar-pelajar dari bandar, pelajar-pelajar sekolah agama mungkin akan terpengaruh dengan kehidupan pelajar aliran kebangsaan dan begitulah sebaliknya. Pendedahan kemudahan ict yang disediakan di universiti akan mempercepatkan proses ini. Bagi mereka yang tipis pegangan agama dan tiada jati diri, amat malanglah jika mereka mudah terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak sihat.
Pelajar-pelajar baru ini biasanya agak mudah terpengaruh dengan senior-senior mereka. Mereka akan melihat pelajar senior sebagai model kehidupan mereka di kampus. Maka disinilah letaknya peri penting perlakuan para senior dalam membentuk masyarakat kampus. Mereka harus menunjukkan sikap dan tauladan yang baik kepada pelajar-pelajar baru. Janganlah pula mereka mengambil kesempatan diatas kedaifan pelajar-pelajar baru tersebut, ibarat kata pepatah, harapkan pagar, pagar makan padi.
Selamat mendaftar.
Thursday, June 25, 2009
Singapore International Water Week
Image by StarvingFox via Flickr
Sepanjang bulan ini, sudah tiga kali saya berkunjung ke Singapura. Sudah agak lama saya tidak berkunjung ke kota Singa sebelum ini. Pertama kali saya ke sana semasa saya di UKM, iaitu ketika bersama rombongan kontinjen pasukan sofbol Malaysia semasa sukan inter varsity asean kira-kira 14 tahun yang lepas. Beberapa pergolakan politik yang berlaku antara negara kita telah menutup pintu hati saya untuk ke sana lagi sehinggalah pada awal bulan lepas saya mengikuti satu rombongan usahawan. Sehari sebelum itu saya telah menyeberangi tambak Johor untuk menziarahi sahabat saya semasa di Birmingham University, Ustaz Fatris Bakaram. Dua hari lepas , saya sekali lagi menyeberangi tambak Johor, kali ini saya menghadiri SIWW, di Suntec City. Dalam kesemua lawatan saya kali ini saya amat tertarik dengan konsep hutan dalam bandar yang dibuat oleh Singapura. Kehijauan pokok-pokok yang besar ditengah-tengah bandar telah menimbulkan suasana yang selesa kepada para pelancong terutamanya pejalan-pejalan kaki seperti saya.
Banyak lagi perkara-perkara yang kita boleh pelajari dari negara singapura termasuklah aspek pengurusan masjid-masjid. Saya akan kupas isu ini dalam tulisan-tulisan saya yang lain pada masa akan datang.
Destinasi saya yang terdekat adalah Kotaraya Jakarta, dimana saya akan menghadiri Pesta buku antarabangsa yang akan berlangsung dari 25 June hingga 5 Julai 2009.
Friday, June 19, 2009
Gomo Klate Gomo
Image by semuthutan via Flickr
Selepas saya menghantar di kembali ke pejabatnya, saya terus memandu menujuk Kota Bharu dan melalui Stadium Sultan Muhammad IV. Stadium yang penuh kontrovesi apabila pasukan Red Warrior telah dilarang menggunakan stadium berkenaaan setelah penyokong-penyokongnya mengamuk apabila kalah kepada Perlis. Larangan itu telah ditarik balik dan hari itu merupakan perlawanan pertama pasukan Kelantan selepas larangan itu ditarik balik. Perlawanan kali ini adalah mementang pasukan UPB My Team, Perak.
Oleh kerana saya jarang-jarang balik ke Kelantan, maka saya gunakan peluang ini untuk menyaksikan perlawanan Liga Super tersebut. Walaupun prestasi pasukan Klate agak menjunam semenjak kekalahan kepada pasukan Selangor dalam perlawanan piala FA tempoh hari, stadium pada malam itu tetap di penuhi oleh penyokong-penyokong setia Red Warrior. Walaupun secara fizikalnya pemain-pemain Klate agak kecil berbanding dengan pasukan My Team, namun corak permainan menyerang dan asakan bertali arus, Red Warrior telah berjaya menundukkan My Team 2 gol tanpa balas. Barisan midfield My Team kehilangan idea untuk menembusi benteng pertahanan Klate menyebabkan penyerang-penyerang mereka terkial-kial mencari bola. Syabas Red Warrior.
Kekuatan pasukan Kelantan memang di akui oleh semua pihak tetapi bekeng dan pongohnya segelintir penyokong-penyokong yang telah hilang pertimbangan telah merugikan pasukan mereka itu sendiri. Sifat marah itu adalah akibat dorongan syaitan dan lemahnya iman dalam mengawal perasaan.
Semoga Red Warrior terus Maju Jaya.
Sunday, June 14, 2009
Subang Airport
Image by benfu via Flickr
Sehingga tahun 90-an dahulu, Subang airport adalah suatu nama yang begitu gah dimata mereka yang kerap menggunakan perkhidmatan udara. Harga hartanah dan sewa di kawasan Subang begitu tinggi dan sesiapa yang tinggal di kawasan ini dikira cukup popular dan dari golongan elit. Setelah terbangunnya KLIA, peranan penting Subang airport yang pernah dipegangnya telah mulai dilupai sedikit demi sedikit. Harga hartanah mereka semakin merudum dan tidak kurang pula sayarikat-syarikat yang jatuh muflis akibat perpindahan ini. Percubaan syarikat penerbangan murah, AirAsia untuk menghidupkan Lapangan terbang Sultan Abdul Aziz ini tidak berjaya dan beberapa percubaan lain juga menemui jalan buntu sehinggalah Firefly, anak syarikat MAS menjadikannya sebagai hub penerbangan murah, seperti City Airport di kota London. Ini adalah pengalaman kedua saya di sini bersama firefly dan keadaan nampaknya semakin bertambah baik.
Manusia boleh meramalkan halatuju dan merancang kegiatan ekonomi mereka tetapi Allah jualah sebaik-baik perancang. Berdoalah kepada Allah agar perancangan kita adalah yang terbaik untuk diri kita dan kita serahkan natijahnya kepada Sang Pencipta.
Selamat terbang