Showing posts with label Kuantan. Show all posts
Showing posts with label Kuantan. Show all posts

Monday, August 10, 2009

MCiB Gathering


Buat julung kalinya, perjumpaan berkala alumni MCiB telah diadakan di Kuantan, Pahang. Perjumpaan kali ini agak berlainan dari yang diadakan sebelum ini di mana kami memutuskan untuk menginap di hotel sambil berkelah di pantai Balok, yang terletak bersebelahan dengan De Rhu Resort, tempat kami menginap. Sebanyak 7 famili telah datang dari dekat jauh. Keluarga Ust Fatris dari Singapura menarik diri di saat akhir akibat masalah kesihatan. Kami mendoakan agar Keluarga Ustaz Fatris diberikan kesihatan oleh Allah.

Suasana ceria terutamanya anak-anak bila mereka tidak mahu naik dari kolam mandi yang amat luas. Biarpun pengunjung resort yang begitu ramai( bilik sudah sold out) tapi ruang kolam renang yang begitu luas membuatkan mereka bermain air dengan seronok sekali. Suasana cuaca yang begitu cerah seolah-olah menyambut para tetamu yang datang dari jauh.
Acara BBQ di adakan pada sebelah malam. Bro. Lutfy yang datang dari Terengganu bersama keropok lekornya memainkan peranan penting dalam BBQ kita kali ini.

Di akhir program hari itu, peserta di jamu dengan menu nasi Turkey sebelum bersurai pada tengah hari Ahad. Biarpun masih belum pulang ke rumah masing-masing, tetapi semua yang hadir looking forward untuk terus mengadakan gathering sebegini di masa-masa hadapan.

Semoga kita berjumpa lagi di masa hadapan.

Reblog this post [with Zemanta]

Sunday, June 14, 2009

JEREBU

Haze over Kuala LumpurImage via Wikipedia

Salam,

Pesawat firefly yang dijadualkan sampai di Kuantan pada jam 8.40 pagi terpaksa berpatah balik ke Subang akibat dari keadaan jerebu yang tidak memungkinkannya mendarat. Penerbangan saya ke subang pada jam 0905 terpaksa ditunda. Nasib baik wireless broadband di airport ni ada coverage, dapatlah saya kill the time sambil berblog. Saya sempat sms rakan saya di Kl yang berjanji untuk berbual dengan saya sebelum connecting flight ke Kota Bharu, agar melweatkan sedikit ketibaanya di sana.

Jerebu dan cuaca, semua ini adalah kuasa Allah yang tiada seorang pun yang boleh menghalang. Apakah kita masih anggkuh dengan kekuasaanNya? Semoga semua ini boleh menjadikan kita berfikir betapa kerdilnya diri kita ini dibandingkan dengan kuasa yang ada pada Allah.




Reblog this post [with Zemanta]