Showing posts with label Asia. Show all posts
Showing posts with label Asia. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

AP student

DVLA using QR codesImage by Barry Sampson via FlickrLately, so many cases involve Malaysian student who bringing in car from oversea using their student AP have been hold by authority because of documentation problem. The officer nowadays quiet advance in searching the evidence for the document submitted by the applicants. One of my friends who his car was held by the authority said that the Malaysian custom officer cross check with UK DVLA to rectify the authenticity of the document. Those who are planning to bring in the car are advised to follow the procedure closely.
Enhanced by Zemanta

Saturday, July 11, 2009

Syamil :Terjemahan per kata

Al- Quran terjemah perkata yang pertama di dunia ini amat bagus bagi anda yang ingin memahami bahasa arab. Walaupun ia mempunyai terjemahan per kata yang agak mengelirukan bagi kita untuk memahami maksud keseluruhan ayat itu, terjemahan keseluruhan bagi sesuatu ayat masih di letakkan di sebelahnya seperti Al-Quraan terjemahan yang lain.

Saya sempat membeleknya semasa mengunjungi Pesta Buku di Jakarta bulan lepas dan ia ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pengunjung-pengunjung yang datang.

Fancy a copy?

Ia amat sesuai untuk majlis ilmu nie...


Reblog this post [with Zemanta]

Friday, June 26, 2009

De Rhu Resort

Cherating, PahangImage by beskal.pancit via Flickr

Now I am attending a workshop at De Rhu Resort, Balok, Cherating, Pahang. This workshop is targeted to enhance our faculty syllabus. The resort is owned by LKPP, one of the most successfully company under state of Pahang. The facilities are very good and well maintained. The surau is very spacious and every room supplied with sajadah for our prayer.







Reblog this post [with Zemanta]

Thursday, June 25, 2009

Singapore International Water Week

Singapore skyline 2Image by StarvingFox via Flickr

Sepanjang bulan ini, sudah tiga kali saya berkunjung ke Singapura. Sudah agak lama saya tidak berkunjung ke kota Singa sebelum ini. Pertama kali saya ke sana semasa saya di UKM, iaitu ketika bersama rombongan kontinjen pasukan sofbol Malaysia semasa sukan inter varsity asean kira-kira 14 tahun yang lepas. Beberapa pergolakan politik yang berlaku antara negara kita telah menutup pintu hati saya untuk ke sana lagi sehinggalah pada awal bulan lepas saya mengikuti satu rombongan usahawan. Sehari sebelum itu saya telah menyeberangi tambak Johor untuk menziarahi sahabat saya semasa di Birmingham University, Ustaz Fatris Bakaram. Dua hari lepas , saya sekali lagi menyeberangi tambak Johor, kali ini saya menghadiri SIWW, di Suntec City. Dalam kesemua lawatan saya kali ini saya amat tertarik dengan konsep hutan dalam bandar yang dibuat oleh Singapura. Kehijauan pokok-pokok yang besar ditengah-tengah bandar telah menimbulkan suasana yang selesa kepada para pelancong terutamanya pejalan-pejalan kaki seperti saya.

Banyak lagi perkara-perkara yang kita boleh pelajari dari negara singapura termasuklah aspek pengurusan masjid-masjid. Saya akan kupas isu ini dalam tulisan-tulisan saya yang lain pada masa akan datang.

Destinasi saya yang terdekat adalah Kotaraya Jakarta, dimana saya akan menghadiri Pesta buku antarabangsa yang akan berlangsung dari 25 June hingga 5 Julai 2009.





Reblog this post [with Zemanta]

Friday, June 19, 2009

Gomo Klate Gomo

Wallpaper | Kelantan FAImage by semuthutan via Flickr

Tiga hari lepas, semasa balik dari menghadiri Kursus Keusahawanan di UMK, saya singgah sebentar di Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)untuk mengambil sahabat saya, En. Razali Maarof, Pengurus Korporate KTD. Dia mengajak saya makan laksam special tak jauh dari pejabatnya di Pengkalan Chepa. Memang special betul laksam dia.

Selepas saya menghantar di kembali ke pejabatnya, saya terus memandu menujuk Kota Bharu dan melalui Stadium Sultan Muhammad IV. Stadium yang penuh kontrovesi apabila pasukan Red Warrior telah dilarang menggunakan stadium berkenaaan setelah penyokong-penyokongnya mengamuk apabila kalah kepada Perlis. Larangan itu telah ditarik balik dan hari itu merupakan perlawanan pertama pasukan Kelantan selepas larangan itu ditarik balik. Perlawanan kali ini adalah mementang pasukan UPB My Team, Perak.

Oleh kerana saya jarang-jarang balik ke Kelantan, maka saya gunakan peluang ini untuk menyaksikan perlawanan Liga Super tersebut. Walaupun prestasi pasukan Klate agak menjunam semenjak kekalahan kepada pasukan Selangor dalam perlawanan piala FA tempoh hari, stadium pada malam itu tetap di penuhi oleh penyokong-penyokong setia Red Warrior. Walaupun secara fizikalnya pemain-pemain Klate agak kecil berbanding dengan pasukan My Team, namun corak permainan menyerang dan asakan bertali arus, Red Warrior telah berjaya menundukkan My Team 2 gol tanpa balas. Barisan midfield My Team kehilangan idea untuk menembusi benteng pertahanan Klate menyebabkan penyerang-penyerang mereka terkial-kial mencari bola. Syabas Red Warrior.

Kekuatan pasukan Kelantan memang di akui oleh semua pihak tetapi bekeng dan pongohnya segelintir penyokong-penyokong yang telah hilang pertimbangan telah merugikan pasukan mereka itu sendiri. Sifat marah itu adalah akibat dorongan syaitan dan lemahnya iman dalam mengawal perasaan.

Semoga Red Warrior terus Maju Jaya.


Reblog this post [with Zemanta]