Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Saturday, November 28, 2009

Eidul Adha

IMG_0103 (Medium)Image by @fullfilth via Flickr

Eidul adha adalah suatu tanda pengorbanan seorang hamba terhadap Rabbnya. Peristiwa antara nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mengajar betapa pengorbanan yang ikhlas akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal daripada Allah Taala.
Tahun ini saya sekali lagi berpeluang menyambut eidul adha di kampong halaman setelah hampir 4 tahun tidak berpeluang meraikannya bersama keluarga dan sahabat handai di Malaysia. Tiga tahun di perantauan dalam pengajian di Birmingham Universiti dan tahun keempat menghadiri konvokesyen, cukup membuatkan saya begitu “missed” akan kemeriahan suasana di pagi raya melapah lembu bersama orang-orang kampung Walaupun idul adha secara amnya tidak disambut secara meriah di seluruh Negara, pengecualian harus diberikan kepada negeri kelahiran saya, Kelantan Darul Naim. Walaupun penduduknya agak miskin dari segi pendapatan perkapita berbanding dengan negeri lain, tetapi hakikatnya mereka tidak kedekut untuk mengambil bahagian dalam ibadah qurban ini yang berharga sekitar RM250-RM400, bergantung kepada saiz. Hakikat kemeriahan ini bukan semata-mata kerana saya adalah kelantanese, tetapi ia juga diakui oleh semua rakyat negeri lain yang pernah mengalami pengalaman berhari raya di Kelantan.

Semasa berada diperantauan, kemeriahan berhariraya bersama teman-teman akan menghilangkan kerinduan kepada keluarga dan sanak saudara di kampong halaman. Berkonvoi bersama keluarga dan teman-teman dari satu rumah ke satu rumah adalah suatu perkara yang mesti. Jadual open house akan di susun supaya tiada suatu rumah pun yang missed. Walaupun malam raya kaum bapa telah pun berkonvoi untuk bertakbir sehingga larut malam, jadual open house yang telah di atur bersama tidak pernah di kecewakan. Hidangan yang disediakan oleh tuan rumah bukan calang-calang anak, macam tak rasa duduk di UK. Ketupat, rending, nasi himpit, satey, nasi kerabu, lontong, bubur kacang, seri muka, macham-macham adaaa…

Sesungguhnya pengorbanan yang sebenar ialah mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan segala sesuatu untuk mencapai matlamat keredhan Allah. Tidak berlaku jihad di dunia ini tanpa pengorbanan bersamanya. Sebarang pengorbanan untuk memperjuangkan deen tidak akan sia sia, malah mendapat ganjaran yang besar dan pahala yang baik dari Allah SWT.
maksud firman Allah SWT :

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang orang mukmin jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dan membayarnya dengan SYURGA ....
At Taubah 111.


Reblog this post [with Zemanta]

Friday, June 19, 2009

Gomo Klate Gomo

Wallpaper | Kelantan FAImage by semuthutan via Flickr

Tiga hari lepas, semasa balik dari menghadiri Kursus Keusahawanan di UMK, saya singgah sebentar di Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)untuk mengambil sahabat saya, En. Razali Maarof, Pengurus Korporate KTD. Dia mengajak saya makan laksam special tak jauh dari pejabatnya di Pengkalan Chepa. Memang special betul laksam dia.

Selepas saya menghantar di kembali ke pejabatnya, saya terus memandu menujuk Kota Bharu dan melalui Stadium Sultan Muhammad IV. Stadium yang penuh kontrovesi apabila pasukan Red Warrior telah dilarang menggunakan stadium berkenaaan setelah penyokong-penyokongnya mengamuk apabila kalah kepada Perlis. Larangan itu telah ditarik balik dan hari itu merupakan perlawanan pertama pasukan Kelantan selepas larangan itu ditarik balik. Perlawanan kali ini adalah mementang pasukan UPB My Team, Perak.

Oleh kerana saya jarang-jarang balik ke Kelantan, maka saya gunakan peluang ini untuk menyaksikan perlawanan Liga Super tersebut. Walaupun prestasi pasukan Klate agak menjunam semenjak kekalahan kepada pasukan Selangor dalam perlawanan piala FA tempoh hari, stadium pada malam itu tetap di penuhi oleh penyokong-penyokong setia Red Warrior. Walaupun secara fizikalnya pemain-pemain Klate agak kecil berbanding dengan pasukan My Team, namun corak permainan menyerang dan asakan bertali arus, Red Warrior telah berjaya menundukkan My Team 2 gol tanpa balas. Barisan midfield My Team kehilangan idea untuk menembusi benteng pertahanan Klate menyebabkan penyerang-penyerang mereka terkial-kial mencari bola. Syabas Red Warrior.

Kekuatan pasukan Kelantan memang di akui oleh semua pihak tetapi bekeng dan pongohnya segelintir penyokong-penyokong yang telah hilang pertimbangan telah merugikan pasukan mereka itu sendiri. Sifat marah itu adalah akibat dorongan syaitan dan lemahnya iman dalam mengawal perasaan.

Semoga Red Warrior terus Maju Jaya.


Reblog this post [with Zemanta]