Image by Ikhlasul Amal via Flickr
Post saya kali ini saya mengutarakan lirik lagu tombo ati, sebuah lagu yang menjadi nostalgia yang cukup mendayu-dayu buat kami warga MCiB. Lagu dendangan opic ini telah didendangkan secara live unplugged oleh awi, pak iqba, pak ghajali dan wan tak semasa majlis BBQ tahunan di Kingsbury Park. Selepas majlis itu, lagu ini terus menjadi siulan dan selingan bila kami berkumpul. Nama abang Jidin juga menjadi sinonim dengan lagi ini kerana bahasa jawa yang digunakan dalam lagu ini walaupun abang Jidin sendiri mengakui dia sendiri tidak begitu faham akan maksud lirik lagu ini. Lepas itu abang Jidin telah dikenali dengan nama abang Jidin Tombo Ati. Bila saja mendengar lagu ini, kenangan suka duka di Birmingham bersama kawan-kawan seperjuangan akan segar menerjah fikiran saya.
Enjoy
Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Kuran lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang soleh kumpulono
Kaping papat wetengiro ingkang luwe
Kaping limo zikir wengi ingkang suwe
Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani
Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi
click here to listen the song
No comments:
Post a Comment