Showing posts with label Allah. Show all posts
Showing posts with label Allah. Show all posts

Saturday, July 11, 2009

Syamil :Terjemahan per kata

Al- Quran terjemah perkata yang pertama di dunia ini amat bagus bagi anda yang ingin memahami bahasa arab. Walaupun ia mempunyai terjemahan per kata yang agak mengelirukan bagi kita untuk memahami maksud keseluruhan ayat itu, terjemahan keseluruhan bagi sesuatu ayat masih di letakkan di sebelahnya seperti Al-Quraan terjemahan yang lain.

Saya sempat membeleknya semasa mengunjungi Pesta Buku di Jakarta bulan lepas dan ia ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pengunjung-pengunjung yang datang.

Fancy a copy?

Ia amat sesuai untuk majlis ilmu nie...


Reblog this post [with Zemanta]

Thursday, July 09, 2009

Doa (Text dari Ustaz Fatris Bakaram)

Calligraphic name of Allah in Arabic, Copied f...Image via Wikipedia

Ya Allah,
Engkaulah Yang Maha Pengampun,
Engkaulah Yang Maha Pengasih,
ampunkan segala dosa kami,
juga dosa kedua orang tua kami,
rahmatilah mereka,
sepertimana mereka telah bersusah payah mendewasakan kami semenjak kecil dahulu,
andaikata ada di antara mereka yang masih hidup,
Engkau lanjutkanlah usia mereka di dalam keimanan dan ketaqwaan,
lindungilah mereka dari segala bentuk kejahatan mahupun keburukan,
dan andaikata ada di antara mereka yang telah terlebih dahulu kembali kepadaMu sebelum kami,
dengan penuh rasa rendah diri, ya Allah
kami bermohon dan meminta kepadaMu,

Engkau ampunkanlah segala dosa dan kesalahan yang pernah mereka lakukan semasa hidup mereka dahulu,
angkatkanlah darjat mereka,
tinggikanlah kedudukan mereka di sisiMu,
curahkanlah mereka dengan rahmatMu yang seluas-luasnya,
lapangkanlah kubur-kubur mereka,
hiaskanlah kubur mereka dengan cahayaMu yang paling indah,
jadikanlah kubur mereka bagaikan taman-taman syurgaMu,
dan janganlah Engkau jadikan kubur mereka bagaikan lobang nerakaMu,
Ya Arhamarrahimin .......


Reblog this post [with Zemanta]

Friday, July 03, 2009

Obat Hati a.k.a Tombo Ati

Aunur Rofiq Lil Firdaus (aka. Opick)Image by Ikhlasul Amal via Flickr

Post saya kali ini saya mengutarakan lirik lagu tombo ati, sebuah lagu yang menjadi nostalgia yang cukup mendayu-dayu buat kami warga MCiB. Lagu dendangan opic ini telah didendangkan secara live unplugged oleh awi, pak iqba, pak ghajali dan wan tak semasa majlis BBQ tahunan di Kingsbury Park. Selepas majlis itu, lagu ini terus menjadi siulan dan selingan bila kami berkumpul. Nama abang Jidin juga menjadi sinonim dengan lagi ini kerana bahasa jawa yang digunakan dalam lagu ini walaupun abang Jidin sendiri mengakui dia sendiri tidak begitu faham akan maksud lirik lagu ini. Lepas itu abang Jidin telah dikenali dengan nama abang Jidin Tombo Ati. Bila saja mendengar lagu ini, kenangan suka duka di Birmingham bersama kawan-kawan seperjuangan akan segar menerjah fikiran saya.

Enjoy

Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Kuran lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang soleh kumpulono
Kaping papat wetengiro ingkang luwe
Kaping limo zikir wengi ingkang suwe
Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi

click here to listen the song



Reblog this post [with Zemanta]