Image by FotoRita [Allstar maniac] via Flickr
Kalau kita berfikir ke belakang sejenak, suatu masa dulu heboh di perkatakan isu pengharaman purdah di IPTA-IPTA dan juga di beberapa negara seperti France dan Turki, nah sekarang Allah yang maha kaya hantar sikit sahaja tenteranya, ramai pula orang yang memakai mask, menutup mulut dan hidung mereka. Apakah kamu tidak memikirkannya!Tetapi yang anehnya, tak ada pula pihak yang bising atau komplen bahawa pemakaian mask ini akan membawa kesan yang sama dengan pemakaian purdah itu! Sekali lagi saya merasa heran.
Untuk itu suka saya memetik satu hadis nabi ada sebut yg maksudnya:
sungguh ajaib bagi seorang mukmin, bahawa semua urusannya merupakan kebaikan baginya. dan tidaklah hal demikian berlaku kecuali bagi orang mukmin. jika ia didatangi kebahagiaan, ia lalu bersyukur maka itu baik baginya. dan apabila ia ditimpa musibah, ia kemudian bersabar maka itu sungguh baik bagi dirinya. hadis riwayat muslim
Takutlah Allah...dengan pergi dekat kepadanya.
No comments:
Post a Comment