Showing posts with label Influenza. Show all posts
Showing posts with label Influenza. Show all posts

Thursday, July 30, 2009

Tutup muka

H1N1 AlertImage by Rescue Dog via Flickr

Lama benar tak update blog saya ni, kesibukan dengan tugas-tugas di luar semasa hujung minggu menghadkan masa saya untuk update blog ini.
H1N1 semakin berleluasa di IPTA. Lepas satu-satu IPTA terpaksa di tutup untuk menghalang virus ini merebak. Kami di UMP ni pun terpaksa membatalkan semua kelas pada tengah hari ini untuk memberikan laluan kepada para pelajar mmenjalani pemeriksaan kesihatan (Screening test. Disana-sini kelihatan para pelajar memakai tutup muka yang diberikan percuma oleh kementerian kesihatan.

Kalau kita masih ingat, dulu terdapat larangan memakai purdah yang menutup muka di IPTA, tapi, kuasa Allah, siapa sangka, semua orang memakainya pula sekarang ini.

Reblog this post [with Zemanta]

Friday, July 10, 2009

Selsema Babi vs Swine Flu vs influenza A (H1N1)

Burqa a MetàImage by FotoRita [Allstar maniac] via Flickr

Ketika ini seluruh dunia dilanda wabak selsema babi atau swine flu atau influenza A (H1N1). Sebutlah dengan nama apa sekali pun, kita akan faham akan maksudnya : ia adalah suatu virus. Jika anda pergi kemana-mana airport, anda akan melihat ramai yang memakai topeng atau mask untuk menutup mulut dan hidung mereka( tapi mereka akan membukanya bila tiba di kaunter pemeriksaan imegresen). kadang-kadang saya rasa nak tergelak dengan gelagat manusia muslim masa kini. mask pakai tapi yang lain-lain seperti rambut yang diwajibkan tutup itu dia tak tutup pun. Takut mati la tu...tapi tak takut Allah.

Kalau kita berfikir ke belakang sejenak, suatu masa dulu heboh di perkatakan isu pengharaman purdah di IPTA-IPTA dan juga di beberapa negara seperti France dan Turki, nah sekarang Allah yang maha kaya hantar sikit sahaja tenteranya, ramai pula orang yang memakai mask, menutup mulut dan hidung mereka. Apakah kamu tidak memikirkannya!Tetapi yang anehnya, tak ada pula pihak yang bising atau komplen bahawa pemakaian mask ini akan membawa kesan yang sama dengan pemakaian purdah itu! Sekali lagi saya merasa heran.

Untuk itu suka saya memetik satu hadis nabi ada sebut yg maksudnya:

sungguh ajaib bagi seorang mukmin, bahawa semua urusannya merupakan kebaikan baginya. dan tidaklah hal demikian berlaku kecuali bagi orang mukmin. jika ia didatangi kebahagiaan, ia lalu bersyukur maka itu baik baginya. dan apabila ia ditimpa musibah, ia kemudian bersabar maka itu sungguh baik bagi dirinya. hadis riwayat muslim




Takutlah Allah...dengan pergi dekat kepadanya.



Reblog this post [with Zemanta]