Image by qronoz via Flickr
Bagi peminat buku, Stadium Istora memang sudah tidak asing lagi kepada mereka. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa stadium ini juga merupakan 'syurga' bagi pengemar-pengemar buku. Pesta buku di sini berlangsung sebanyak tiga kali setahun iaitu sekitar bulan februari/mac, jun/julai dan september/oktober. Buku-buku yang dipamerkan adalah biasanya buku-buku yang baru di terbitkan. Dengan kepadatan penduduk yang tinggi, tidak hiranlah bahawa industri buku di Indonesia cukup hebat.
Sepanjang tahun ini saya telah dua kali berkunjung ke pesta buku tersebut dan ianya merupakan suatu pengalaman yang cukup berharga dan saya tidak merasa menyesal langsung mebeli buku-buku yang di pamerkan. Dengan harga yang cukup murah dan kualiti yang cukup tinggi(terutamanya buku bercorak keagamaan),membeli buku-buku di sini adalah suatu kepuasan yang tidak terhingga bagi saya.
Selamat membaca.
No comments:
Post a Comment