Friday, August 07, 2009

MCiB Alumni Gathering

Esok,tanggal 08/08/2009, merupakan suatu lagi detik sejarah bagi alumni MCiB apabila gathering @ Majlis Ilmu Akhbar akan diadakn di De Rhu Resort, Pantai Balok. Pertemuan berkala yang telah dirancang hampir setahun lepas insyaAllah akan menjadi kenyataan. Majlis-majlis sebelum ni yang biasanya diadakan di Kawasan tengah @ Bangi, buat julung kalinya akan berlangsung di kawasan Pantai Timur i.e Kuantan.

Tempahan penginapan, makanan dan perancangan program sudah dibuat dan saya dan Marjohan serta keluarga sudah tidak sabarsabar menunggu kedatangan sahabat-sahabat MCiB dari selatan,timur utara dan tengah tanaha air.

Kami berdoa semoga perjalanan sahabat-sahabat kemari berjalan degan lancar dan dapat menikmati pengalaman yang indah bermajlis ilmu.

Buat teman-teman yang tdak dapat hadir, insyaAllah, dilain kesempatan kita akan berjumpa lagi kerana program sebegini bukanlah yang terakhir.

Kepada Allah kami bermohon agar program MI ini berjalan lancar dan kepada Allah jua lah kami serahkan segalanya.

No comments: