Saturday, June 20, 2009

MUCEET 2009

Sultan Ahmad I Mosque, Kuantan, Pahang, Malays...Image via Wikipedia


Universiti Malaysia Pahang(UMP) telah menjadi tuan rumah persidangan MTUN, MUCEET 2009 . Persidangan ini telah di adakan di MS Garden, Kuantan dan saya telah di jemput sebagai pengerusi bagi parallel session bagi Emerging Technology Section. Sebanyak 5 parallel session telah di adakan dan program yang bermula pagi ini, akan berakhir petang esok, Ahad. Acara sampingan , iaitu lawatan ke Makmal UMP akan di buat pada hari Isnin nanti. Saya mendapat jemputan untuk menghadiri upacara perasmian pada sebelah paginya, tapi saya tidak dapat hadir kerana saya mengikuti kuliah ulum syarie yang di anjurkan di sekolah anak saya, Sekolah Rendah Ibnu Abbas.

Seperti yang telah dijangkakan, tidak semua pembentang yang telah di pilih datang. Setiap sesi ada antara 1 hingga 2 pembentang tidak hadir dan ini telah merugikan masa dan tempat yang telah di berikan kepada mereka. Alhamdulillah, semasa saya mempengerusikan sesi saya tadi, semua pembentang telah hadir dan berjaya dengan membentangkan kertas kerja mereka. Perbincangan yang rancak dan agak membina telah berlaku semasa sesi itu tadi walaupun mutu sesuatu kajian itu tidaklah begitu memberangsangkan.

Saya teringat semasa saya di University of Birmingham, conference seperti ini hanyalah di lakukan di bilik-bilik kuliah sahaja. Bayangkanlah berapa banyak kos yang telah dapat di jimatkan bila kita menjalankan conference sebegini di UMP itu sendiri. Itu belum masuk kos acara perasmian dan penutup (yang saya juga turut di jemput juga nanti).

Selamat bersidang.





Reblog this post [with Zemanta]

No comments: