Showing posts with label UK. Show all posts
Showing posts with label UK. Show all posts

Saturday, November 28, 2009

Eidul Adha

IMG_0103 (Medium)Image by @fullfilth via Flickr

Eidul adha adalah suatu tanda pengorbanan seorang hamba terhadap Rabbnya. Peristiwa antara nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mengajar betapa pengorbanan yang ikhlas akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal daripada Allah Taala.
Tahun ini saya sekali lagi berpeluang menyambut eidul adha di kampong halaman setelah hampir 4 tahun tidak berpeluang meraikannya bersama keluarga dan sahabat handai di Malaysia. Tiga tahun di perantauan dalam pengajian di Birmingham Universiti dan tahun keempat menghadiri konvokesyen, cukup membuatkan saya begitu “missed” akan kemeriahan suasana di pagi raya melapah lembu bersama orang-orang kampung Walaupun idul adha secara amnya tidak disambut secara meriah di seluruh Negara, pengecualian harus diberikan kepada negeri kelahiran saya, Kelantan Darul Naim. Walaupun penduduknya agak miskin dari segi pendapatan perkapita berbanding dengan negeri lain, tetapi hakikatnya mereka tidak kedekut untuk mengambil bahagian dalam ibadah qurban ini yang berharga sekitar RM250-RM400, bergantung kepada saiz. Hakikat kemeriahan ini bukan semata-mata kerana saya adalah kelantanese, tetapi ia juga diakui oleh semua rakyat negeri lain yang pernah mengalami pengalaman berhari raya di Kelantan.

Semasa berada diperantauan, kemeriahan berhariraya bersama teman-teman akan menghilangkan kerinduan kepada keluarga dan sanak saudara di kampong halaman. Berkonvoi bersama keluarga dan teman-teman dari satu rumah ke satu rumah adalah suatu perkara yang mesti. Jadual open house akan di susun supaya tiada suatu rumah pun yang missed. Walaupun malam raya kaum bapa telah pun berkonvoi untuk bertakbir sehingga larut malam, jadual open house yang telah di atur bersama tidak pernah di kecewakan. Hidangan yang disediakan oleh tuan rumah bukan calang-calang anak, macam tak rasa duduk di UK. Ketupat, rending, nasi himpit, satey, nasi kerabu, lontong, bubur kacang, seri muka, macham-macham adaaa…

Sesungguhnya pengorbanan yang sebenar ialah mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan segala sesuatu untuk mencapai matlamat keredhan Allah. Tidak berlaku jihad di dunia ini tanpa pengorbanan bersamanya. Sebarang pengorbanan untuk memperjuangkan deen tidak akan sia sia, malah mendapat ganjaran yang besar dan pahala yang baik dari Allah SWT.
maksud firman Allah SWT :

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang orang mukmin jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dan membayarnya dengan SYURGA ....
At Taubah 111.


Reblog this post [with Zemanta]

Saturday, July 11, 2009

PPSMI or PPSMM

A teacher writing on a blackboard.Image via Wikipedia

Topik ini begitu hangat diperkatakan dimedia-media dan juga di kedai kopi. Keputusan kerajaan untuk memansuhkan PPSMI amat di alu-alukan oleh pelbagai pihak tetapi tempoh tiga tahun amat dirasakan suatu pukulan yang masih dipersoalkan. Kenapa perlu tunggu tiga tahun sedangkan bila kita handak melaksanakannya dahulu kita tidak pula menunggunya selama ini. Biasanya kalau nak laksanakan sesuatu keputusan yang perlu kita tunggu, bukannya nak kembali kepada kaedah lama yang perlu kita tunggu! Ada udang sebalik mee?

PPSMM merupakan kaedah yang telah lama kita amalkan dan sudah berapa ramai pelajar-pelajar yang belajar PPSMM boleh berjaya di UK. Bukan saya nak berbangga tetapi begitulah hakikatnya. Sering di perkatakan kejayaan negara-negara yang tidak menggunakan bahasa ingeris dalam dunia pendidikannya seperti Jepun, Korea dan Germany, tetapi kita jarang didedahkan dengan kelemahan pelajar-pelajar di UK dalam subjek Mathematik dan Sains. Kebanyakkan kursus-kursus yang berteraskan sains dan matematik kebanyakkanya diisi oleh pelajar-pelajar asing. Tiada fakta yang jelas dalam hal ini tetapi itulah hakikat yang saya perhatikan sepanjang empat tahun saya berada di Birmingham University.

Empat anak saya, Haziqah, Hadi, Idris dan Afiqah semasa bersekolah di Nechells Park Road, sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam kelas mereka. Isteri saya selalu di undang ke majlis perhimpunan mereka apabila ada majlis penyampaian sijil. Pelajar-pelajar asian yang lain juga sering mendapat kepujian dalam peperiksaan di sekolah. Anak-anak saya ketika itu walaupun fasih berbahasa enggeris, tetapi mereka sedikit sebanyak masih menggunakan bahasa malayu dan berfikir dalam bahasa melayu terutamanya bila mengulangkaji bersama umminya dirumah. Faktor itu bagi saya tidak mempengaruhi pencapaian mereka di sekolah.

selamat belajar dalam bahasa melayu...







Reblog this post [with Zemanta]

Wednesday, July 08, 2009

Birmingham, UK

The Selfridges store designed by Future System...Image via Wikipedia

Birmingham adalah antara beberapa bandar yang besar di UK. Kedudukan geografi Birmingham di tengah-tengah UK menjadikan ia sebuah kota yang strategic bagi perdagangan dan pelancongan. Ia terletak di bawah jajahan West Midlands. Majoriti penduduk di kawasan Bandar Birmingham adalah dari kalangan pendatang manakala penduduk kulit putih lebih suka tinggal di kawasan yang lebih exclusive dan country side. Jika anda melangkah masuk ke Birmingham melalui lapangan terbangnya, anda jangan terkejut jika anda di sambut oleh pekerja-pekerja airport yang kebanyakannya terdiri dari asian – pakistan, Bangladesh dan sikh. Penerbangan dari Malaysia ke Birmingham akan transit di Amsterdam atau Frankfurt terlebih dahulu sebelum penerbangan sambungan dengan pesawat yang lain.

Kehadiran ramai pendatang dari Pakistan ke Britain amnya dan Birmingham khasnya telah membawa kebaikan kepada dunia islam itu sendiri. Kedatangan mereka selepas perang dunia dahulu untuk bekerja sebagai buruh-buruh binaan telah mengakibatkan struktur masyarakat Britain berubah. Banyak gedung-gedung perniagaan telah dikuasai oleh masyarakat Pakistan. Mereka juga mendirikan masjid di sekitar penempatan mereka. Masjid yang didirikan itu bukanlah seperti masjid yang ada ditempat kita ini sebaliknya mereka menjadikan salah satu rumah yang mereka miliki hasil sumbangan masyarakat islam setempat sebagai masjid untuk kegunaan ramai. Dikatakan ada lebih 120 buah masjid di seluruh birmingham dan ia merupakan yang terbanyak dikalangan bandar-bandar lain di negara eropah. Masjid-masjid yang ada ini tidaklah besar, tetapi mereka mempunyai ramai jumaah terutamanya semasa solat jumaat dan juga solat terawikh dan eid. Masjid-masjid berkenaan mempunyai pengikut dan mazahab yang tersendiri. Central Mosque( berhampiran Birmingham University) dan Green Lane( berhampiran Morrison) adalah antara masjid yang besar dan mempunyai banyak aktiviti. Masjid yang terbaru dan mungkin sudah siap pembinaanya adalah Masjid Ali di Alum Rock.

Ada juga masjid-masjid yang didirikan oleh pendatang dari timur tengah dan biasanya masjid pak arab ini lebih besar, cantik dan menarik. Bacaan imam juga amat merdu ala-ala madinah dan mekah. Antara masjid pak arab yang terkenal di birmingham adalah seperti Muaaz center.

bersambung...

selamat beribadah


Reblog this post [with Zemanta]