Showing posts with label AP student. Show all posts
Showing posts with label AP student. Show all posts

Saturday, June 13, 2009

AP Student From Overseas

Semenjak saya kembali ke Malaysia, rakan-rakan di UK sering bertanya kepada saya pengalaman-pengalaman dan juga pandangan-pandangan saya di sana terhadap sesuatu perkara. Pertanyaan itu sama ada menerusi telefon, email ataupun messenger. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan pengalaman visa extension, membawa balik kenderaan ke Malaysia, penerimaan anak-anak terhadap system pembelajaran di Malaysia dan jangan terperanjat ada juga yang bertanya harga barang-barang di ebay. Amat sedikit sekali yang bertanya berkenaan pengalaman penulisan tesis dan viva. Mungkin ianya telah banyak saya sentuh semasa hari-hari terakhir saya bersama mereka baik di padang, rumah ataupun semasa majlis ilmu yang di adakan setiap petang sabtu.

Oleh kerana topik persoalan pengalaman membawa pulang kereta menjadi persoalan yang popular, saya akan kongsikan pengalaman ini bersam-rakan-rakan. Tidak seperti kebanyakan senior sebelum ini yang membawa bintang tiga, saya membawa balik sebuah kenderaan MPV, Toyota Estima (di UK dikenali sebagai Toyota Previa).

Syarat utama yang diperlukan untuk membolehkan kita membawa balik kenderaan menggunakan AP pelajar adalah kenderaan itu perlu dipakai atau berdaftar atas nama kita selama 9 bulan sebelum kepulangan kita ke Malaysia. Insurans yang di beli disana perlu dibawa pulang untuk membolehkan kita mendapatkan NCB dengan local insurans company. Kenderaan yang dihantar menggunakan kontena mengambil masa 3-4 minggu untuk tiba di Port Klang.

Dokumen yang perlu di bawa pulang bersama kita untuk tujuan permohonan AP adalah log book (V5) kereta berkenaan, boarding pass kapal terbang, salinan kad pengenalan dan salinan passport/visa dan surat pengesahan universiti (surat tamat belajar atau pengesahan dari penyelia berkenaan status kita). Semua salinan borang berkenaan perlu disahkan benar (typical Malaysian system…heee). Permohonan AP pelajar perlu dibuat dalam tempoh tidak kurang dari dua bulan dari tarikh pulang ke Malaysia.

Borang-borang permohonan perlu di perolehi dari MITI dan Kastam atau anda boleh menghubungi agen-agen dan mereka akan menguruskan semua boring ini. Temujanji dengan agen ini boleh di buat di airport semasa anda tiba dan anda cuma perlu tanda tangan borang yang diberikan dan menyerahkan document-document yang dikehendaki.

Banyak proses yang perlu dilakukan antaranya bayaran sewa port, pemeriksaan PUSPAKOM, urusan insuran, rod tax dan pendaftaran JPJ. Ini semua akan diuruskan oleh agen berkenaan(sambil anda bertugas di pejabat) dan anda hanya perlu tunggu panggilan dari mereka. Panggilan untuk memasukkan duit ke dalam akaun untuk urusan pembayaran!

Langkah seterusnya anda hanya perlu tunggu panggilan dari agen berkenaan untuk membuat rayuan pengurangan cukai import dari apa yang telah di tafsirkan oleh mereka, dengan pengarah kastam negeri Selangor.

Setelah membuat pembayaran kastam, maka urusan seterusnya adalah melibatkan urusan berkaitan JPJ dan selepas itu bolehlah anda memandu pulang kereta anda dengan seribu persoalan. Mampukan aku menanggung kos penyelenggaran kereta ini?

Pendek kata, sediakan duit, semuanya insyaAllah akan beres.

Pengalaman memandu kereta idaman ada keluar dari Port Klang adalah suatu pengalaman yang luar biasa.

Selamat pulang, selamat memandu.