Image by Joe Dunckley via Flickr
Patah tumbuh, hilang berganti.Dalam hidup kita ada high end, ada low end, umpama roda.
Saya masih ingat dulu, semasa saya mula-mula sampai di Birmingham , ditahun pertama kami kehilangan naqib yg hebat-hebat, lepas satu-satu pulang ke malaysia, ust basri, u. ghazali. Lepas ust ghazali pulang, kami masing-masing bingung kerana tiada lagi ustaz2 yg ada di birmingham. Ust. Haniff baru sampai, yg ada bau-bau bacang ustaz masa tu ust. pak jam. Masa duk angkat barang2 rumah ust ghazali dulu, kami duk pikir2 la sapa nak jadi naqib kita nie...Pak jam pulak minta saya jadi naqib... ada ke patut, memang tak patut langsung...
Lalu keluarlah idea nak minta doa dgn Allah, supaya Allah gantikan naqib kita yang akan pulang nie sebab saya berkeyakinan bahawa kalau kita nak buat benda baik nie, Allah mesti tolong kita. Make doa brader...
Doa kami di maqbulkan Allah, kita merancang dan Allah juga merancang tapi Allahlah sebaik-baik perancang. Tiba-tiba Ust Fatris keluar dari persembunyiannya di Edgbaston untuk sama-sama mencurahkan ilmunya.
Masih teringat kali pertama jumpa Ust Mat masa solat terawikh bersama pegawai MSD di Aston. Pak Iqbal(yg berambut panjang sama dgn Ust Mat masa tu) tegur dia dari belakang, kau tak kenal aku?
Masa tu kami dah fikir, Ust Mat nie boleh ganti Ust Fatris satu hari nanti ni...make doa brader...
Begitulah secebis kisah pahit manis yang pernah kami lalui di bumi Permaisuri. Saya percaya pengganti Ust Mat, Ust Zainol Rijal juga berupaya memimpin MI gemilang di Birmingham dengan sokongan dan bantuan MCiBians sekelian. InsyaAllah