Saturday, May 29, 2010

Al-fatihah

Terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-sahabat atas email dan text kepada saya tempoh hari. Doa dan semangat yang di berikan oleh rakan-rakan tidak dapat saya balas dengan kata-kata.

Setelah hampir seminggu berada di kampong bersama ayah, menjaga dan membantu dia solat, membacakan ayat-ayat quran, rupa-rupanya itu adalah waktu-waktu terakhir kami adik beradik dapat bersamanya. Allah lebih sayang kepadanya. Dia pergi dalam keadaan yang tenang. Semua anak-anak dan cucu, walaupun berada jauh darinya, sempat menatap dan mengucup wajahnya untuk kali yang terakhir. Sama-samlah kita mendoakan semoga allahyarham Wan Ishak Wan Ahamad ditempat bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.

Teringat kata-kata khatib jumaat tadi yang membacakan hadis Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Sesungguhnya, mengurusakan kematian adalah suatu pelajaran yang amat berguna kepada kita yang masih hidup ini.

No comments: