Loading...

Thursday, September 17, 2009

Ramadhan 1430


Ramadhan 1430 sudah menghampiri penghujungnya. Singkatnya masa berlalu. Banyak lagi amalan-amalan sunat yang tidak sempat kita lakukan dek kerana kita telah disibukan dan di lalaikan oleh dunia. EPL, USA Tennis Open, Champion League dan banyak lagi acara yang lebih menarik diri kita berbanding dengan promosi Ramadhan yang Allah tawarkan kepada kita sepanjang Ramadhan ini. Qiammulai, iktiqaf, tadarrus dan lailatulqadar semuanya ditinggalkan demi untuk melayan nafsu dan minat sukan yang saban tahun berulang dan berulang dan berulang...tanpa kita mendapat sebarang ganjaran.

Para sahabat di zaman generasi Al Quran akan merasa amat sedih bila Ramadhan hampir meninggalkan mereka. Mereka merasakan amat sedikit amalan yang telah mereka lakukan walaupun kaki mereka telah bengkak-bengkak dek kerana berdiri untuk solat sambil mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-quraan.

Tapi kita?

Kita merasa sangat gembira dengan kedatangan aidilfitri/syawal dengan kad-kad ucapan hariraya, email, sms dan sebagainya. Kita merasa amat puas dan penat berpuasa. Telah banyak resepi-resepi baru di cuba, telah banyak baju raya telah ditempah dan dibeli. Ada konsep baru untuk raya tahun ini. Ada warna sedondong baru untuk tahun ini. Telah banyak kuih dan biskut raya yang di buat dan di sediakan serta di beli untuk.

Mari kita merenung sejenak.

Sudah berapa juzuk al quran telah dibaca sepanjang Ramadhan tahun ini?

Sudah berapa banyak harta yang kita infaqkan ramadhan tahun ini(selain dari zakat fitrah yang wajib)?

Sudah berapa malam kita beriktiqaf di masjid mencari lailatulqadar?

Apakah level puasa kita masih ditahap orang awam seperti di tahun-tahun yang lepas?

Dan akhir sekali, yang paling penting sekali, apakah tahap taqwa diri kita setelah hampir sebulan kita berpuasa ini? Adakah kita telah mencapai tahap taqwa seperti mana yang Allah kehendaki? Adakah taqwa kita meningkat, statik atau semakin menurun?

Saya tidak mempunyai jawapan untuk persoalan itu. Cuma anda sahaja yang berhak memberikan jawapanya.

eid mubarak

No comments: