Saturday, November 28, 2009

Eidul Adha

IMG_0103 (Medium)Image by @fullfilth via Flickr

Eidul adha adalah suatu tanda pengorbanan seorang hamba terhadap Rabbnya. Peristiwa antara nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mengajar betapa pengorbanan yang ikhlas akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal daripada Allah Taala.
Tahun ini saya sekali lagi berpeluang menyambut eidul adha di kampong halaman setelah hampir 4 tahun tidak berpeluang meraikannya bersama keluarga dan sahabat handai di Malaysia. Tiga tahun di perantauan dalam pengajian di Birmingham Universiti dan tahun keempat menghadiri konvokesyen, cukup membuatkan saya begitu “missed” akan kemeriahan suasana di pagi raya melapah lembu bersama orang-orang kampung Walaupun idul adha secara amnya tidak disambut secara meriah di seluruh Negara, pengecualian harus diberikan kepada negeri kelahiran saya, Kelantan Darul Naim. Walaupun penduduknya agak miskin dari segi pendapatan perkapita berbanding dengan negeri lain, tetapi hakikatnya mereka tidak kedekut untuk mengambil bahagian dalam ibadah qurban ini yang berharga sekitar RM250-RM400, bergantung kepada saiz. Hakikat kemeriahan ini bukan semata-mata kerana saya adalah kelantanese, tetapi ia juga diakui oleh semua rakyat negeri lain yang pernah mengalami pengalaman berhari raya di Kelantan.

Semasa berada diperantauan, kemeriahan berhariraya bersama teman-teman akan menghilangkan kerinduan kepada keluarga dan sanak saudara di kampong halaman. Berkonvoi bersama keluarga dan teman-teman dari satu rumah ke satu rumah adalah suatu perkara yang mesti. Jadual open house akan di susun supaya tiada suatu rumah pun yang missed. Walaupun malam raya kaum bapa telah pun berkonvoi untuk bertakbir sehingga larut malam, jadual open house yang telah di atur bersama tidak pernah di kecewakan. Hidangan yang disediakan oleh tuan rumah bukan calang-calang anak, macam tak rasa duduk di UK. Ketupat, rending, nasi himpit, satey, nasi kerabu, lontong, bubur kacang, seri muka, macham-macham adaaa…

Sesungguhnya pengorbanan yang sebenar ialah mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan segala sesuatu untuk mencapai matlamat keredhan Allah. Tidak berlaku jihad di dunia ini tanpa pengorbanan bersamanya. Sebarang pengorbanan untuk memperjuangkan deen tidak akan sia sia, malah mendapat ganjaran yang besar dan pahala yang baik dari Allah SWT.
maksud firman Allah SWT :

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang orang mukmin jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dan membayarnya dengan SYURGA ....
At Taubah 111.


Reblog this post [with Zemanta]